Monday, August 9, 2010

Dapat membantu ahli keluarga dan rakan-rakan

Kali ini saya mahu membicarakan satu kelebihan MLM berbanding perniagaan yang lain iaitu kesitimewaan .. kita dapat membantu orang lain terutama keluarga dan sanak saudara dalam perniagaan untuk mendapat pendapatan tambahan bahkan sampai mereka berjaya.

Berbeza dengan perniagaan tradisional atau jika anda bekerja dengan orang lain, anda tidak mampu untuk memberi pekerjaan atau membantu mereka membuka perniagaan seperti anda kerana kos perniagaan tradisional adalah tinggi. Bahkan anda juga tidak suka mereka membuka perniagaan yang sama dengan anda kerana mereka akan menjadi pesaing anda.

Berbeza dengan perniagaan MLM. anda lebih suka ramai orang mengikut perniagaan anda, membuat apa yang anda buat. Duplikasi apa yang anda tahu dan amalkan. Dalam perniagaan MLM anda hanya akan berjaya apabila anda membantu orang-orang yang anda kenalkan untuk berjaya. Anda tidak akan berjaya sekiranya mereka tidak berjaya. MLM adalah perniagaan untuk membantu orang lain berjaya. Anda berpeluang membantu ramai ahli keluarga anda dan rakan-rakan anda berjaya dalam hidup melalui perniagaan MLM.

Ini adalah satu dari banyak keistimewaan perniagaan MLM.

No comments:

Post a Comment