Saturday, August 14, 2010

Wang

Ruangan ini saya khaskan untuk Pendidikan Kewangan. Sebahagian dari maklumat mengenai kewangan yang sengaja tidak diajar di sekolah-sekolah atau universiti. Maklumat yang sengaja di rahsiakan dari orang ramai, maklumat yang menjadi pengetahuan rahsia golongan Super Rich (golongan Billionaires) yang diajarkan di kalangan keluarga mereka saja. Tetapi tidak semua yang boleh diajar disini kerana banyak ilmu rahsia kewangan yang terlalu sensitif untuk diajar kepada orang ramai secara terbuka. Cukuplah sekadar ilmu yang tidak terlalu sensitif, yang sederhana tahapnya. Selebihnya anda perlu berguru dengan mentor-mentor Super Rich seperti Robert Kiyosaki, Donald Trump dan sebagainya. Bacalah buku-buku mereka atau melalui ONLINE diwebsite mereka.

Ilmu mengenai kewangan ialah WAJIB diketahui oleh semua manusia. Sesiapa yang tidak memiliki ilmu yang tinggi mengenai kewangan maka akan diperhambakan oleh Golongan Super Rich melalui pelbagai cara yang kita tidak sedari.

Satu cara anda tidak suka mempelajari mengenai kewangan ialah SLOGAN "Wang adalah punca semua kejahatan". Slogan ini sengaja dirancang supaya orang ramai tidak mempelajari ilmu kewangan secara mendalam, menjadikan mereka buta ilmu kewangan dan senang diperbodohkan oleh golongan Super Rich. Maka cara yang terbaik untuk mengelak anda tidak diperhambakan oleh golongan Super Rich ialah anda mempelajari sedalam-dalamnya ilmu mengenai kewangan. Banyakkanlah menggunakan masa anda membaca buku-buku kewangan seperti buku karangan Robert Kiyosaki.

Ruangan khas mengenai kewangan ini hanyalah pembuka pintu perbendaharaan khazanah ilmu kewangan yang sangat berguna yang perlu anda ketahui. Anda perlu menyambung pelajaran anda dengan orang lain atau ditempat lain atau cara lain.

Teruskan bacaan anda di tab "Wang" dalam blog ini.

No comments:

Post a Comment